Wednesday 29 August 2012

Wednesday 15 August 2012






PERDASAMA dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam walau dimana anda berada. Mohon kemaafan diminta sekiranya terdapat kekurangan atau kesalahan yang tidak disengajakan. Marilah kita meraikan hari raya ini dengan penuh keimanan dan kesederhanaan.

Thursday 19 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kami dari Sekreteriat Perdasama Nasional mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua terutama kepada ahli PERDASAMA agar kita sama-sama bermuhasabah diri dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Marilah kita bertadah tangan bersyukur dan berdoa kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Tahun hadapan belum tentu lagi adakah kita masih berpeluang untuk menyambut Ramadhan. Bulan yang penuh barakah yang dipenuhi dengan segala limpah rezeki dan amalan yang Allah janjikan beribu pahala setiap amalan yang dilaksanakan.

Ditutup serapatnya pintu neraka dan dibuka seluasnya pintu syurga memberi makna yang mendalam kepada kita umat islam agar tidak melepaskan peluang yang ada hanya pada bulan Ramadhan ini.

Berniagalah pada bulan Ramadhan ini namun jangan dilupa amal ibadat yang wajib dan sunat kerana itu yang perlu kita utamakan agar apa yang kita usahakan selama ini mendapat keradaan dari Allah S.W.T

Salam Ramadhan kepada semua...

Tuesday 17 July 2012

AGM Perdasama Selangor kali ke-10

Pada tanggal 14 Julai 2012 yang lepas Perdasama Selangor dengan bangganya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan(AGM) untuk kali yang ke 10 bertempat di Kelab Shah Alam. Mesyuarat yang bermula pada pukul 10 pagi itu telah dihadiri kira-kira 100 orang yang terdiri dari ahli Perdasama Selangor, Sekreteriat Perdasama, Biro Wanita dan juga Pengerusi Daerah. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dato' Moehamad Izat Emir Presiden Perdasama, ucapan Yang Dipertua Perdasama Selangor Tn HJ Ami Mohd Salleh dan bacaan doa oleh En Azamanizam. Dalam majlis itu juga turut dilancarkan tabung Kasih yang mana tujuan diwujudkan tabung ini khusus untuk membantu ahli-ahli Perdasama yang ditimpa musibah.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan semua perkara yang dirancang dapat dijalankan dengan baik sekali. Turut diumumkan pada majlis itu adalah anugerah Daerah Terbaik dan Mentor Dan Usahawan Berjaya yang mana Daerah Terbaik dimenangi oleh Daerah Klang dan anugerah Mentor Dan Usahawan Berjaya dianugerahkan kepada Dato' Samsudin Abdul Rahman.

Di akhir program telah diadakan acara cabutan bertuah sebagai menghargai jasa ahli-ahli Perdasama Selangor dengan hadiah utama berupa tv LCD 32 inci.

Antara gambar-gambar semasa AGM tersebut,

















Tuesday 26 June 2012

Karnival Jom Niaga di Kompleks Karangkraf Shah Alam

Himpunan usahawan mikro kecil dan sederhana telah diadakan pada Mei lalu bertempat di kompleks karangkraf seksyen 15 Shah Alam. Majlis yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak itu telah dihadiri kira-kira 10000 orang dari serata negeri Selangor. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan pada majlis tersebut selain dari aktiviti jualan dari ahli PERDASAMA sendiri antaranya sesi bual bicara bersama artis tempatan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan antaranya Rosyam Noor, Datuk Yusof Haslam dan saudara Aziz Desa. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan program Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran secara langsung di RTM. Majlis yang berlangsung selama dua hari itu mampu mengembangkan perniagaan para usahawan selain memperkenalkan produk mereka kepada umum.

Antara gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung

                                             Booth PERDASAMA di Karnival Jom Niaga










Monday 25 June 2012

Program Tea Talk Pembiayaan Dan Peluang Perniagaan Dalam Industri Minyak Dan Gas

Pada 29 Mei 2012 yang lepas, MPOG(Malaysia PERDASAMA Oil and Gas) telah menganjurkan satu program tea talk berkenaan industri minyak dan gas yang berlangsung di Auditorium SME BANK, Menara SME BANK Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Program yang bermula pada pukul 2.00 hingga 5.30 petang itu dihadiri kira-kira 100 orang peserta yang terdiri dari ahli PERDASAMA dan juga mereka yang terlibat didalam industri minyak dan gas.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan dari Presiden PERDASAMA Dato' Moehamad Izat Emir


Kemudian diikuti dengan taklimat peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas dari Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) yang disampaikan oleh YBhg Dr Emir Mavani CEO MPRC


Taklimat pembiayaan dari SME BANK


Taklimat daripada Tn Haji Shahriman Mokhtar dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera


Seterusnya forum dimulakan dengan saudara En Faiz Mohd Amin sebagai moderator. Antara ahli panel yang terlibat didalam forum tersebut adalah:


EN MOHD FAIDZAL BIN AHMAD MAHIDEN
MANAGING DIRECTOR
TANJONG AGAS SUPPLY BASE & MARINE
SERVICES SDN BHD (TASBMS)

EN JADID ISMAIL
DIRECTOR OF HYDROCARBON FOR EPCC
KNM GROUP BERHAD

EN ASLAN ASIDIN
GROUP HEAD BUSINESS DEVELOPMENT
SAPURA KENCHANA PETROLEUM BERHAD