Monday 31 October 2011

Perasmian Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM)



Para tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Penubuhan MTEM

Bermula dengan perhimpunan NGO NGO ekonomi Melayu pada bulan Julai lalu, maka akhirnya lahirlah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai MTEM. 29 September lalu mencatatkan satu sejarah yang penting apabila majlis perasmiannya disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri di MAEPDS, Serdang.
Acara salingan pada majlis tersebut

Kelahiran MTEM ini adalah begitu signifikan dalam usaha membangun dan mempertingkat ekonomi Melayu di negara ini memadangkan lebih 80 NGO berteras ekonomi Melayu yang mewakili peniaga, pengusaha dan pedagang Melayu akhirnya berada di dalam sebuah organisasi bagi bersama-sama merangka hala tujua perkembangan sosio ekonomi Melayu di negara ini.


Dengan penubuhan MTEM, adalah diharapkan bahawa nasib melayu akan lebih terbela dan terjamin dengan gerak kerja bersama kerajaan dan agensinya di samping peranan pertubuhan-pertubuhan Melayu di peringkat akar umbi. Umat Melayu kini perlu bersatu padu dan bekerja bersama-sama bagi menghadapi realiti yang berubah dan semakin mencabar.
Presiden PERDASAMA YBhg Dato' Moehamad Izzat Emir bersama Perdana Menteri Malaysia

PERDASAMA merupakan salah satu badan gabungan dan penyelaras utama penubuhan MTEM ini semenjak awal lagi. Pada Mesyuarat Agung Tahunan ke 13 lalu, mesyuarat telah meluluskan usul khas bagi menyokong gerak kerja MTEM ke arah manfaat sosioekonomi Melayu.

Ucaptama dari Perdana Menteri Malaysia

Majlis dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

USUL AJK PUSAT BAGI MENYOKONG GAGASAN PENUBUHAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU BERSATU (MTEM) DAN PERANAN PERDASAMA DI DALAM MTEM
Kepimpinan PERDASAMA Pusat;
Menginsafi bahawa perubahan sosioekonomi di peringkat global dan tempatan kini  meletakkan Malaysia di atas landasan Model Ekonomi Baru menerusi Program Transformasi Ekonomi yang sedang giat dilaksanakan;
MENYEDARI bahawa di peringkat nasional dan global, masyarakat perniagaan bumiputera terus berdepan dengan cabaran-cabaran tradisional di dalam arus perniagaan serta menghadapi realiti-realiti baru (new realities) termasuklah keperluan untuk menjana idea-idea inovasi baru di dalam usaha-usaha perniagaan, melaksanakan strategi samudera biru (blue ocean strategy) serta mengoptimumkan asas kemahiran keusahawanan berdasarkan meritokrasi (merit-based entreprenual competencies);
MENYATAKAN kepimpinan signifikan dan strategik PERDASAMA telah dizahirkan di dalam usaha-usaha yang membawa pada pencetusan serta penubuhan Majlis tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) yang akan disempurnakan pelancarannya pada 29 September 2011 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak;
Dengan ini:
  1. MENGAMBIL iktibar dan keperluan untuk memastikan survival, masa depan dan kelestarian umat Melayu, pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan berdasarkan ekonomi Melayu telah bersepakat menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu, MTEM bersama-sama dengan rakan-rakan NGO Melayu yang lain, termasuklah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MPEM) dan lebih 60 NGO melayu yang lain;
  2. MENEGASKAN bahawa penubuhan MTEM adalah satu inisiatif strategik bagi memastikan pembangunan sosioekonomi Melayu dapat dilaksanakan menerusi gabungan usaha-usaha bersama kerajaan dan rakyat. Menerusi MTEM, PERDASAMA bersama-sama rakan pertubuhan-pertubuhan ekonomi Melayu yang lain akan berada di dalam satu organisasi bagi  bermesyuarah, merancang dan bekerja ke arah mencapai sasaran-sasaran yang dipersetujui bagi manfaat bersama umat Melayu.
  3. MENZAHIRKAN keyakinan penuh serta menganjurkan ketetapan bagi seluruh kepimpinan dan ahli serta daripada kalangan perwakilan untuk menyokong penuh penubuhan, fungsi dan gerak kerja MTEM dan  peranan utama yang akan dimainkan oleh PERDASAMA di dalam MTEM kelak.

(Usul telah diterima dan diluluskan secara sebulat suara pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 lalu)

Para tetamu yang hadir tidak mahu lepaskan peluang untuk bersalam dengan Perdana Menteri Malaysia


Tuesday 25 October 2011

Mesyuarat Agung Tahunan PERDASAMA ke 13








PERDASAMA telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunannya bagi kali ke 13 pada 22 September lalu di Hotel The Regency , Kuala Lumpur. Sebagai satu kemestian, mesyuarat pada tahun ini telah dihadiri oleh perwakilan daripada cawangan-cawangan PERDASAMA seluruh Malaysia.










Mesyuarat pada tahun ini menyaksikan 2 usul penting telah diluluskan oleh para perwakilan.
Bermula pada tahun ini, Naib Presiden PERDASAMA akan terdiri daripada 5 orang keseluruhannya dengan setiap daripada mereka mempunyai pengkhususan tanggung jawab. Mesyuarat juga meluluskan usul agar PERDASAMA menyokong penuh penubuhan MTEM dan akan bekerja bersama-sama menerusi gerak kerja yang dipersetujui ke arah manfaat umat Melayu di negara ini.







Mesyuarat pada tahun ini juga menyaksikan perlantikan muka-muka baru sebagai AJK Pusat PERDASAMA ke arah menyuntik momentum dan dinamisme kepada keseluruhan pergerakan PERDASAMA.

Monday 24 October 2011

Kunjungan Delegasi Uzbekistan ke PERDASAMA






Sekretariat PERDASAMA Nasional sangat berbesar hati menerima kunjungan delegasi Uzbekistan pada 9 September 2011 lalu. Di dalam kunjungan tersebut, sebuah sesi khas taklimat bagi peluang dan potensi pelaburan di Uzbekistan telah berjaya dilangsungkan.



Di dalam sesi taklimat tersebut, Trade Counselor bagi Kedutaan Uzbekistan di Malaysia, Encik Takhir Aliev telah menyampaikan penerangan dengan panjang lebar tentang potensi dan peluang pelaburan di Uzbekistan. Pada tahun 2010, Uzbekistan mencatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 11.7 %  dan kemasukan pelaburan asing sehingga 3.28 billion USD. Menurut beliau, antara faktor-faktor yang akan menggalakkan kemasukan dan peningkatan pertumbuhan ekonomi di Uzbekistan adalah


  1. kestabilan politik dan ekonomi makro
  2. kaya dengan sumber
  3. kelebihan faktor geografi
  4. memiliki kepelbagaian industri
  5. insentif-insentif bagi pelaburan asing



Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh hampir 30 orang ahli PERDASAMA yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan di Uzbekistan.

TAKLIMAT MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION ( MTDC)




Pada 22 Ogos lalu, PERDASAMA menerusi Biro Petroleum & Gas dan  telah menganjurkan sebuah sesi taklimat oleh Malaysian Technology Development Corporation, MTDC bertempat di Sekretariat PERDASAMA. Di dalam sesi taklimat tersebut, para peserta telah diberi taklimat tentang peranan dan fungsi MTDC sebagai sebuah agensi kerajaan dalam membangunkan perusahaan berteraskan teknologi di negara ini.






Selain itu, sesi taklimat tersebut juga memberikan panduan kepada para peserta  tentang bentuk-bentuk geran dan pinjaman yang disediakan oleh MTDC serta kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemain-pemain tempatan yang berminat .