Tuesday 24 January 2012

Tea Talk Session anjuran SME Corp



Pada 16 Januari 2012, wakil-wakil PERDASAMA telah dijemput menghadiri Tea Talk Session  anjuran SME Corp. Tema perbincangan sesi tersebut adalah Challenges & Oppurtunities in 2012 : Malaysia and Beyond. Sesi pada petang tersebut telah dihadiri oleh usahawan-usahawan sektor SME tempatan.Program ini adalah anjuran bersama SME Corp dan Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia, GMB.



Usahawan SME yang hadir ke sesi tersebut





Saudara Agil Faisal Ahmad Fadzil, Pengerusi GMB




YBhg Dato Hafsah Hashim, CEO SME Corp



YB Dato Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri MITI




Di dalam sesi tersebut, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir  dan YBhg Dato Hafsah Hashim telah dijemput untuk menyampaikan pandangan berkaitan tema perbincangan pada hari tersebut. Sesi perbincangan pula telah dipengerusikan oleh YBhg Saudara Agil Faisal Ahmad Fadzil. 



Di dalam pembentangan yang disampaikan, Dato Hafsah menegaskan bahawa bidang keusahawanan perlu dijadikan sebagai kerjaya pilihan oleh generasi muda. Hal ini demikian memandangkan keusahawanan akan membantu mencipta peluang-peluang pekerjaan. Menyedari hakikat ini, SME Corp telahpun mengadakan kerjasama dengan 13 buah IPTA tempatan dalam menyediakan program-program internship bagi melatih bidang keusahawanan di kalangan mahasiswa.





Dato Mukhriz pula menjelaskan bahawa berdasarkan trend global, syarikat-syarikat ternama juga akan mengalami nasib kerugian dan gulung tikar seandainya mereka gagal untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.  Merujuk kepada senario ekonomi Malaysia, lebih banyak syarikat dari Jerman kini yang mula membuat pelaburan di negara ini. Syarikat-syarikat ini mula melihat kepada pasaran yang berteraskan modal dan dipacu oleh teknologi. Beliau juga  menjelaskan bahawa bidang teknologi merupakan bidang perniagaan yang paling rancak berkembang, maka usahawan perlu memberikan lebih tumpuan kepada perniagaan berteraskan teknologi. 

Usahawan-usahawan juga digesa agar keluar daripada perasaan kesederhanaan, rendah diri, pesimis dan perlu menanam keyakinan tinggi untuk berjaya di dalam bidang perniagaan yang diusahakan.

Thursday 12 January 2012

Buku Pilihan : Rahsia Bisnes Orang Cina




Buku Rahsia Bisnes Orang Cina merupakan sebuah buku yang mengetengahkan pelbagai rahsia, tips dan kaedah yang digunakan oleh orang Cina di dalam menjalankan perniagaan. Ditulis oleh Saudara Ann Wan Seng yang merupakan seorang peniaga dan dibesarkan di dalam keluarga yang berniaga, buku ini pasti menjadi bacaan berharga kepada ahli-ahli PERDASAMA.

Banyak pengajaran, iktibar dan ilmu berniaga yang perlu dipelajari daripada buku ini. Kandungannya yang berterus -terang akan membantu kita memuhasabah, mengkritik dan memperbaiki kelemahan, membetulkan pespektif dalam berniaga, memberi motivasi dan mencetuskan inspirasi ke arah kejayaan.  Buku ini telah diulang cetak sebanyak 15 kali semenjak kali pertama diterbitkan pada 2006.