Thursday 19 April 2012

PERDASAMA TEA TALK


Ybhg Dato Ir Abd Aziz, Pengarah Urusan IAZ Resources Corp Sdn Bhd


Pada 12 April 2012, Biro SME PERDASAMA telah menganjurkan PERDASAMA Tea Talk di Sekretariat PERDASAMA.

Sesi Tea Talk tersebut telah dipecahkan kepada dua sesi pembentangan. Dalam sesi pertama , Ybhg Dato Ir Abd Aziz, Pengarah Urusan bagi IAZ Resources Sdn Bhd  telah menyampaikan pembentangan dengan tajuk Media Sosial untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana.




Encik Amin Shah dari Kenanga Capital Islamic Sdn Bhd

Sesi kedua pembentangan pula telah disampaikan oleh Encik Amin Shah daripada Kenanga Capital Islam Sdn Bhd yang menyampaikan tajuk Alternative Source of Funding for Contract and Project Financing.

Sesi Tea Talk ini telah dihadiri oleh 20 orang ahli PERDASAMA dan telah mendapat maklum balas yang begitu baik.

Taklimat ' Embracing Malaysian Retail : 1 Malaysia Mall '







Pada 29 Mac 2012 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, PEMANDU dan KPDNKK telah bersama menganjurkan Majlis Taklimat '1 Malaysia Mall'. 1 Malaysia Mall adalah cadangan terbaru kerajaan untuk mengembangkan sektor perdagangan dan peruncitan Malaysia ke negara-negara jiran. 


Konsep 1 Malaysia Mall ini adalah seperti berikut ;

One stop shopping centre developed by Malaysian investors, run by Malaysian Mall operator, and financed by Goverment investment arm, banks and/or private sectors, exporting Malaysian integrated shopping facilities, talents, merchandise, dining, leisure and entertainment experience.



Ybhg Dato Mohd Emry bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Biro SME PERDASAMA




Menerusi cadangan tersebut, para peruncit Malaysia akan dibawa secara en bloc ke negara-negara yang dipersetujui ( China, India, Sri Lanka, Vietnam dan Indonesia)  untuk memasarkan barangan di pusat beli belah yang dipilih, sama ada yang sedang dibina khusus untuk tujuan ini mahupun kompleks beli-belah yang akan diberi nafas baru.


Lokasi  1 Malaysia Mall yang dipilih adalah seperti berikut;

a.   China – Beijing, shanghai dan Xian
b.   India  -   Mumbai, Delhi dan Bangalore
c.   Sri Lanka -  Colombo
d.   Indonesia - Jakarta


Sektor peruncitan dan F&B adalah dua bidang yang berpotensi  untuk mendapat manfaat daripada program ini.  Perkembangan ini merupakan satu peluang yang boleh diterokai oleh ahli-ahli PERDASAMA yang berkemampuan dan berpotensi. 





 Taklimat telah disampaikan oleh wakil PEMANDU, penyelidik daripada Urbis    ( syarikat perunding), wakil Exim Bank dan juga Matrade .PERDASAMA telah diwakili oleh Timbalan Pengerusi Biro SME, Ybhg. Dato' Mohd Emry bin Mohd Yusof. 



Sunday 1 April 2012

Lawatan Delegasi Uzbekistan ke MARDI









Pada 21 Mac 2012, PERDASAMA telah menganjurkan pertemuan Delegasi Uzbekistan dengan pihak MARDI. Tujuan  utama pertemuan tersebut  adalah untuk membolehkan ahli-ahli delegasi tersebut yang terdiri daripada 14 orang persatuan petani wanita Uzbekistan untuk mengetahui teknologi pertanian yang dibangunkan di MARDI  yang boleh membantu memajukan pertanian di negara tersebut.




Delegasi Republik Uzbekistan tersebut diketuai oleh Encik Takhir Aliev, kaunselor perdagangan bagi Kedutaan Republik Uzbekistan di Malaysia. Ketua Pengarah MARDI, Ybhg. Dato' Shukor Abd Rahman telah menyampaikan ucapan alu-aluan menyambut kunjungan delegasi tersebut dan membuat pembentangan berkaitan peranan & fungsi MARDI. Di samping sesi pembentangan yang dilakukan kedua-dua pihak, delegasi tersebut juga telah dibawa mengunjungi galeri MARDI untuk melihat pameran yang disediakan.