Thursday 19 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kami dari Sekreteriat Perdasama Nasional mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua terutama kepada ahli PERDASAMA agar kita sama-sama bermuhasabah diri dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Marilah kita bertadah tangan bersyukur dan berdoa kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Tahun hadapan belum tentu lagi adakah kita masih berpeluang untuk menyambut Ramadhan. Bulan yang penuh barakah yang dipenuhi dengan segala limpah rezeki dan amalan yang Allah janjikan beribu pahala setiap amalan yang dilaksanakan.

Ditutup serapatnya pintu neraka dan dibuka seluasnya pintu syurga memberi makna yang mendalam kepada kita umat islam agar tidak melepaskan peluang yang ada hanya pada bulan Ramadhan ini.

Berniagalah pada bulan Ramadhan ini namun jangan dilupa amal ibadat yang wajib dan sunat kerana itu yang perlu kita utamakan agar apa yang kita usahakan selama ini mendapat keradaan dari Allah S.W.T

Salam Ramadhan kepada semua...

Tuesday 17 July 2012

AGM Perdasama Selangor kali ke-10

Pada tanggal 14 Julai 2012 yang lepas Perdasama Selangor dengan bangganya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan(AGM) untuk kali yang ke 10 bertempat di Kelab Shah Alam. Mesyuarat yang bermula pada pukul 10 pagi itu telah dihadiri kira-kira 100 orang yang terdiri dari ahli Perdasama Selangor, Sekreteriat Perdasama, Biro Wanita dan juga Pengerusi Daerah. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dato' Moehamad Izat Emir Presiden Perdasama, ucapan Yang Dipertua Perdasama Selangor Tn HJ Ami Mohd Salleh dan bacaan doa oleh En Azamanizam. Dalam majlis itu juga turut dilancarkan tabung Kasih yang mana tujuan diwujudkan tabung ini khusus untuk membantu ahli-ahli Perdasama yang ditimpa musibah.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan semua perkara yang dirancang dapat dijalankan dengan baik sekali. Turut diumumkan pada majlis itu adalah anugerah Daerah Terbaik dan Mentor Dan Usahawan Berjaya yang mana Daerah Terbaik dimenangi oleh Daerah Klang dan anugerah Mentor Dan Usahawan Berjaya dianugerahkan kepada Dato' Samsudin Abdul Rahman.

Di akhir program telah diadakan acara cabutan bertuah sebagai menghargai jasa ahli-ahli Perdasama Selangor dengan hadiah utama berupa tv LCD 32 inci.

Antara gambar-gambar semasa AGM tersebut,