Thursday 29 December 2011

Mesyuarat Biro SME PERDASAMA

Mesyuarat Biro SME dijalankan di Bilik Mesyuarat PERDASAMA


Dato Norizan Bakar, Pengerusi Biro SME  PERDASAMA


Biro SME PERDASAMA telah menganjurkan mesyuarat biro buat kali kedua pada 20 Disember lalu di bilik mesyuarat ibupejabat PERDASAMA. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh pengerusi biro, Dato Norizan Bakar dan dihadiri oleh ahli-ahli biro yang terdiri daripada pemain-pemain di dalam sektor SME.

Mesyuarat Biro Pelancongan PERDASAMA



Mesyuarat Biro Pelancongan dipengerusikan oleh IR Mohamed Hassan Hj Hamzah

Pada 30 November lalu, Biro Pelancongan PERDASAMA telah mengadakan mesyuarat biro di bilik mesyuarat, ibupejabat PERDASAMA nasional. Mesyuarat telah dijalankan bagi membincangkan strategi dan gerak kerja biro pelancongan bagi sesi 2011-2014. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Biro Pelancongan PERDASAMa yang turut merupakan AJK PERDASAMA pusat,  IR Mohamed Hassan Hj Hamzah.

Tuesday 27 December 2011

Retreat Tahunan 2011 PERDASAMA di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur.

Acara Telematch dijalankan untuk tujuan ice breaking dan group binding pada hari pertama

Sesi penerangan oleh CEO TERAJU, Encik Husni Salleh diadakan pada 16 hb Disember, 9.00 malam


Pada 16 - 18 hb Disember, PERDASAMA telah melangsungkan sesi Retreat Tahunan 2011 di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Sesi Retreat Tahunan merupakan acara tahunan yang mengumpulkan Ahli Jawatankuasa Pusat PERDASAMA dan ahli-ahli cawangan-cawangan dari seluruh Malaysia. Menerusi program ini, seluruh lapisan penggerak PERDASAMA dapat berkumpul dan merangka pendekatan serta strategi terbaik untuk gerak kerja PERDASAMA pada tahun 2012. 

Aktiviti hari kedua dimulakan dengan senam aerobik



Sesi Senam Aerobik dikendalikan oleh wakil Health Regime Sdn Bhd ( Lean Bodies)






Majlis Perasmian Seminar Pembangunan Kapasiti Usahawan Bumiputera

Encik Muhammad Mubarak Ishak, wakil SME Corp Malaysia sedang menyampaikan taklimat

Encik Khairil Anwar Manap menyampaikan taklimat berkaitan pembiayaan oleh RHB Bank Berhad

Pada peserta sedang tekun mendengar


Pada  17 Disember, PERDASAMA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menganjurkan Seminar Pembangunan Kapasiti Usahawan. Seminar ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan kepada para peserta berkaitan isu-isu terkini di dalam dunia keusahawanan meliputi aspek pembiayaan, skim francais dan peluang-peluang perniagaan yang boleh diterokai oleh ahli-ahli PERDASAMA. Para peserta yang hadir ternyata puas hati dengan input dan kesempatan untuk berinteraksi dengan wakil-wakil daripada SME Corp, MARA dan BSN. 

Health Regime Sdn Bhd ( Lean Bodies) membuka booth promosi dan mengadakan pemeriksaan kecergasan kepada para peserta.


Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi PERDASAMA Muda menyampaikan penerangan berkaitan peluang-peluang perniagaan di dalam bidang francais

Encik Salleh Mokari dari MARA menyampaikan penerangan berkaitan Dana Usahawan  Mikro


Encik Farid Jamaluddin dari BSN

Dato Dr  Ahmad Ramzi , Pengerusi Eksekutif Estin Wira Sdn Bhd membentangkan pelan perniagaan menerusi francais dengan Kiliney Kopitiam


Pada hari ketiga, 18 Disember, sesi dialog antara Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PERDASAMA bersama ahli dan pemimpin cawangan telah dilangsungkan. Sesi ini amat penting bagi membolehkan AJK Pusat PERDASAMA mendapat maklum balas berkaitan perkembangan para pengusaha dan pedagang Melayu dari seluruh cawangan.

Acara hari ketiga dimulakan dengan riadah oleh Biro Wanita PERDASAMA



Puan Junaidah Mohamed, Ketua Wanita PERDASAMA Pusat (duduk dua dari kiri) mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Wanita PERDASAMA cawangan




Puan Juliana Mohamed, Penolong Setiausaha Agung mengadakan perbincangan bersama SU cawangan PERDASAMA.


Secara umumnya, penganjuran Retreat pada kali ini ternyata memberikan motivasi, inspirasi dan memperkuat iltizam ahli-ahli PERDASAMA daripada segenap lapisan untuk terus melipatgandakan usaha ke arah memastikan kejayaan gerak kerja PERDASAMA pada masa hadapan.

Tuesday 20 December 2011

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENASIHAT (ALP) PERDASAMA KE-2 2011


Sesi mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA sedang berlangsung


Pada Jumaat 9 Disember 2011, Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat (ALP)  PERDASAMA kali ke 2 bagi tahun 2011 telah diadakan di Sekretariat PERDASAMA Nasional. Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA diadakan dua kali setahun pada setiap tahun. Pada kali terakhir, mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA telah diadakan pada Mei tahun ini di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur.










Sesi Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA pertama tahun 2011 pada 25 Mei 2011 di Restoran Seri Melayu







Tan Sri Dato Ramli Kushairi, Pengerusi ALP Perdasama


Dato' Suhaidi Sulaiman, anggota ALP Perdasama

Dato' Maznah Abd Jalil, anggota ALP Perdasama

Encik Yaakob Masir, anggota ALP Perdasama




Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA merupakan individu-individu tokoh yang telah berjaya di dalam bidang berkaitan pengurusan, ekonomi dan perniagaan. Kepakaran, perkongsian pengalaman dan guidance Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA banyak membantu pengurusan PERDASAMA Nasional merangka strategi dan hala tuju bagi memantapkan gerak kerja di seluruh negara.

Monday 12 December 2011

Delegasi PERDASAMA ke Majlis Kazakhstan-Malaysian Business Conference






Pada 8 Disember lalu, delegasi PERDASAMA telah dijemput untuk menghadiri sesi Persidangan Perniagaan anjuran Kazakhstan-Malaysia Chamber of Commerce yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Di dalam sesi tersebut, wakil-wakil yang telah diundang khas oleh Kazakhstan-Malaysia Chamber of Commerce telah menyampaikan penerangan berkaitan peluang-peluang pelaburan dan perdagangan yang terdapat di Kazakhstan. Delegasi PERDASAMA telah diketuai oleh Ybhg. Datuk Mohd Fauzi Zakaria, Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa PERDASAMA.






Di dalam sesi tersebut, peserta telah diberikan maklumaat berkaitan peluang pelaburan dan perniagaan yang wujud di negara tersebut, khususnya di dalam  bidang perbankan Islam dan industri kimia. Di samping itu, para peserta yang hadir turut telah diberikan penerangan tentang bagaimana KAZNEX INVEST, badan khusus yang menyelaraskan pelaburan luar di Kazakhstan akan membantu pelabur-pelabur luar. Pada 6 bulan pertama 2010, pelaburan asing ke Kazakhstan sudah mencecah USD 9 394  juta. Di samping itu, dalam tempoh sepuluh tahun bermula 2000, pertumbuhan ekonomi di Kazakhstan berlaku pada kadar 8-10 %. Perangkaan ini membuktikan bahawa Kazakhstan merupakan sebuah destinasi pelaburan yang semakin mendapat perhatian pelabur-pelabur asing sedunia.








Kazakhstan-Malaysia Chamber of Commerce merupakan sebuah institusi yang telah ditubuhkan menerusi Kedutaan Republik Kazakhstan di Kuala Lumpur dan Kementerian Perdagangan dan Industri republik tersebut.

Wednesday 7 December 2011

Kunjungan Hormat Wanita PERDASAMA menemui TKSU ( Kepenggunaan dan Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan



Pada 6 Disember lalu, Wanita PERDASAMA telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Setiausaha ( Kepenggunaan dan Pengurusan) KPDNKK, Dato' Mahani Tan bt Abdullah di pejabat beliau pada pukul 3 petang . Delegasi Wanita PERDASAMA telah diketuai oleh Puan Junaidah Mohamed.




Di dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mengadakan perbincangan tentang bagaimana gerak kerja bersama dapat dijalankan untuk manfaat semua pihak. Biro Wanita PERDASAMA kini sedang dalam proses perbincangan untuk menjalankan Program Penjimatan Kepenggunaan dengan kerjasama KPDNKK. Aktiviti-aktiviti program tersebut dijangka  akan menjangkau seluruh Malaysia dan memberi manfaat kepada pengguna.

Friday 2 December 2011

Pertemuan Unit Penyelidikan & Editorial Buletin PERDASAMA dengan Komiti Percepatan & Pengembangan Pembangunan Ekonomi Indonesia



Wakil Unit Penyelidikan dan Editorial Buletin PERDASAMA telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada Komiti Percepatan & Pengembangan Pembangunan Ekonomi Indonesia (The Committee of Accelaration & Expansion of Indonesia Economic Development ) pada 25 November lalu di Hotel The Dorsett Regency , Kuala Lumpur.


Encik Edib Muslim



Encik Eddy Satriya


Wakil-wakil kerajaan Indonesia di dalam pertemuan tersebut adalah Encik Eddy Satriya, Ketua Bahagian Kerjasama Antarabangsa Komiti tersebut dan Encik Edib Muslim, Ketua Bahagian Komunikasi Awam dan Promosi . Di dalam pertemuan tersebut, wakil PERDASAMA telah diberikan penerangan terperinci tentang Master Plan Accelaration & Expansion of Indonesia Economic Development, sebuah program transformasi dan pembangunan ekonomi Indonesia yang akan dilaksanakan sepanjang 2011-2025


Wakil-wakil PERDASAMA mendengar penerangan yang diberikan





Program pembangunan ekonomi Indonesia ini dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi Indonesia ke tahap yang lebih tinggi. Pada tahun 2025, Indonesia mensasarkan matlamat untuk mampu menjana pendapatan per kapita antara USD 14, 250 - 15,500  dengan GDP negara tersebut mencapai USD 4.0-4.5 Trillion. Pembangunan ekonomi ini akan dijalankan menerusi  8 sektor utama ;

  1. Pertanian
  2. Perlombongan
  3. Tenaga
  4. Industri
  5. Marin
  6. Pelancongan
  7. Telekomunikasi
  8. Pembangunan kawasan strategik

Program pembangunan ekonomi Indonesia ini juga dijangka akan membangunkan 6 kepulauan utama di Indonesia sebagai koridor ekonomi utama, iaitu Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Bali-Nusa Tenggara dan Papua-Kepulauan Maluku.

MESYUARAT BIRO WANITA PERDASAMA KALI PERTAMA PASCA AGM 13

Puan Junaidah Mohamed, Ketua Biro Wanita PERDASAMA bersama-sama ketua-ketua wanita cawangan

Pada 18 November 2011, Biro Wanita PERDASAMA telah mengadakan mesyuarat pertamanya pasca Mesyuarat Agung Tahunan PERDASAMA ke 13. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi Biro Wanita PERDASAMA, Puan Junaidah Mohamed di bilik mesyuarat PERDASAMA .

Bermesyuarah untuk menggerakkan biro ke arah kegemilangan


Mesyuarat telah dihadiri oleh Ketua Biro Wanita PERDASAMA dari cawangan-cawangan di seluruh Malaysia. Di dalam mesyuarat yang dijalankan, ahli-ahli mesyuarat telah bermesyuarah tentang perancangan aktiviti dan juga menyelaraskan gerak kerja biro untuk penggal lantikan 2011-2014.