Sesi mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA sedang berlangsung |
Pada Jumaat 9 Disember 2011, Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat (ALP) PERDASAMA kali ke 2 bagi tahun 2011 telah diadakan di Sekretariat PERDASAMA Nasional. Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA diadakan dua kali setahun pada setiap tahun. Pada kali terakhir, mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA telah diadakan pada Mei tahun ini di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur.
Sesi Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA pertama tahun 2011 pada 25 Mei 2011 di Restoran Seri Melayu |
Tan Sri Dato Ramli Kushairi, Pengerusi ALP Perdasama |
Dato' Suhaidi Sulaiman, anggota ALP Perdasama |
Dato' Maznah Abd Jalil, anggota ALP Perdasama |
Encik Yaakob Masir, anggota ALP Perdasama |
Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA merupakan individu-individu tokoh yang telah berjaya di dalam bidang berkaitan pengurusan, ekonomi dan perniagaan. Kepakaran, perkongsian pengalaman dan guidance Ahli Lembaga Penasihat PERDASAMA banyak membantu pengurusan PERDASAMA Nasional merangka strategi dan hala tuju bagi memantapkan gerak kerja di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment