|
Acara Telematch dijalankan untuk tujuan ice breaking dan group binding pada hari pertama |
|
Sesi penerangan oleh CEO TERAJU, Encik Husni Salleh diadakan pada 16 hb Disember, 9.00 malam |
Pada 16 - 18 hb Disember, PERDASAMA telah melangsungkan sesi Retreat Tahunan 2011 di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Sesi Retreat Tahunan merupakan acara tahunan yang mengumpulkan Ahli Jawatankuasa Pusat PERDASAMA dan ahli-ahli cawangan-cawangan dari seluruh Malaysia. Menerusi program ini, seluruh lapisan penggerak PERDASAMA dapat berkumpul dan merangka pendekatan serta strategi terbaik untuk gerak kerja PERDASAMA pada tahun 2012.
|
Aktiviti hari kedua dimulakan dengan senam aerobik |
|
Sesi Senam Aerobik dikendalikan oleh wakil Health Regime Sdn Bhd ( Lean Bodies) |
|
Majlis Perasmian Seminar Pembangunan Kapasiti Usahawan Bumiputera |
|
Encik Muhammad Mubarak Ishak, wakil SME Corp Malaysia sedang menyampaikan taklimat |
|
Encik Khairil Anwar Manap menyampaikan taklimat berkaitan pembiayaan oleh RHB Bank Berhad |
|
Pada peserta sedang tekun mendengar |
Pada 17 Disember, PERDASAMA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menganjurkan Seminar Pembangunan Kapasiti Usahawan. Seminar ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan kepada para peserta berkaitan isu-isu terkini di dalam dunia keusahawanan meliputi aspek pembiayaan, skim francais dan peluang-peluang perniagaan yang boleh diterokai oleh ahli-ahli PERDASAMA. Para peserta yang hadir ternyata puas hati dengan input dan kesempatan untuk berinteraksi dengan wakil-wakil daripada SME Corp, MARA dan BSN.
|
Health Regime Sdn Bhd ( Lean Bodies) membuka booth promosi dan mengadakan pemeriksaan kecergasan kepada para peserta. |
|
Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi PERDASAMA Muda menyampaikan penerangan berkaitan peluang-peluang perniagaan di dalam bidang francais |
|
Encik Salleh Mokari dari MARA menyampaikan penerangan berkaitan Dana Usahawan Mikro |
|
Encik Farid Jamaluddin dari BSN |
|
Dato Dr Ahmad Ramzi , Pengerusi Eksekutif Estin Wira Sdn Bhd membentangkan pelan perniagaan menerusi francais dengan Kiliney Kopitiam |
Pada hari ketiga, 18 Disember, sesi dialog antara Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PERDASAMA bersama ahli dan pemimpin cawangan telah dilangsungkan. Sesi ini amat penting bagi membolehkan AJK Pusat PERDASAMA mendapat maklum balas berkaitan perkembangan para pengusaha dan pedagang Melayu dari seluruh cawangan.
|
Acara hari ketiga dimulakan dengan riadah oleh Biro Wanita PERDASAMA |
|
Puan Junaidah Mohamed, Ketua Wanita PERDASAMA Pusat (duduk dua dari kiri) mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Wanita PERDASAMA cawangan |
|
Puan Juliana Mohamed, Penolong Setiausaha Agung mengadakan perbincangan bersama SU cawangan PERDASAMA. |
Secara umumnya, penganjuran Retreat pada kali ini ternyata memberikan motivasi, inspirasi dan memperkuat iltizam ahli-ahli PERDASAMA daripada segenap lapisan untuk terus melipatgandakan usaha ke arah memastikan kejayaan gerak kerja PERDASAMA pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment