Monday 12 December 2011

Delegasi PERDASAMA ke Majlis Kazakhstan-Malaysian Business Conference






Pada 8 Disember lalu, delegasi PERDASAMA telah dijemput untuk menghadiri sesi Persidangan Perniagaan anjuran Kazakhstan-Malaysia Chamber of Commerce yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Di dalam sesi tersebut, wakil-wakil yang telah diundang khas oleh Kazakhstan-Malaysia Chamber of Commerce telah menyampaikan penerangan berkaitan peluang-peluang pelaburan dan perdagangan yang terdapat di Kazakhstan. Delegasi PERDASAMA telah diketuai oleh Ybhg. Datuk Mohd Fauzi Zakaria, Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa PERDASAMA.






Di dalam sesi tersebut, peserta telah diberikan maklumaat berkaitan peluang pelaburan dan perniagaan yang wujud di negara tersebut, khususnya di dalam  bidang perbankan Islam dan industri kimia. Di samping itu, para peserta yang hadir turut telah diberikan penerangan tentang bagaimana KAZNEX INVEST, badan khusus yang menyelaraskan pelaburan luar di Kazakhstan akan membantu pelabur-pelabur luar. Pada 6 bulan pertama 2010, pelaburan asing ke Kazakhstan sudah mencecah USD 9 394  juta. Di samping itu, dalam tempoh sepuluh tahun bermula 2000, pertumbuhan ekonomi di Kazakhstan berlaku pada kadar 8-10 %. Perangkaan ini membuktikan bahawa Kazakhstan merupakan sebuah destinasi pelaburan yang semakin mendapat perhatian pelabur-pelabur asing sedunia.








Kazakhstan-Malaysia Chamber of Commerce merupakan sebuah institusi yang telah ditubuhkan menerusi Kedutaan Republik Kazakhstan di Kuala Lumpur dan Kementerian Perdagangan dan Industri republik tersebut.

No comments:

Post a Comment