Friday 2 December 2011

Pertemuan Unit Penyelidikan & Editorial Buletin PERDASAMA dengan Komiti Percepatan & Pengembangan Pembangunan Ekonomi Indonesia



Wakil Unit Penyelidikan dan Editorial Buletin PERDASAMA telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada Komiti Percepatan & Pengembangan Pembangunan Ekonomi Indonesia (The Committee of Accelaration & Expansion of Indonesia Economic Development ) pada 25 November lalu di Hotel The Dorsett Regency , Kuala Lumpur.


Encik Edib Muslim



Encik Eddy Satriya


Wakil-wakil kerajaan Indonesia di dalam pertemuan tersebut adalah Encik Eddy Satriya, Ketua Bahagian Kerjasama Antarabangsa Komiti tersebut dan Encik Edib Muslim, Ketua Bahagian Komunikasi Awam dan Promosi . Di dalam pertemuan tersebut, wakil PERDASAMA telah diberikan penerangan terperinci tentang Master Plan Accelaration & Expansion of Indonesia Economic Development, sebuah program transformasi dan pembangunan ekonomi Indonesia yang akan dilaksanakan sepanjang 2011-2025


Wakil-wakil PERDASAMA mendengar penerangan yang diberikan





Program pembangunan ekonomi Indonesia ini dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi Indonesia ke tahap yang lebih tinggi. Pada tahun 2025, Indonesia mensasarkan matlamat untuk mampu menjana pendapatan per kapita antara USD 14, 250 - 15,500  dengan GDP negara tersebut mencapai USD 4.0-4.5 Trillion. Pembangunan ekonomi ini akan dijalankan menerusi  8 sektor utama ;

  1. Pertanian
  2. Perlombongan
  3. Tenaga
  4. Industri
  5. Marin
  6. Pelancongan
  7. Telekomunikasi
  8. Pembangunan kawasan strategik

Program pembangunan ekonomi Indonesia ini juga dijangka akan membangunkan 6 kepulauan utama di Indonesia sebagai koridor ekonomi utama, iaitu Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Bali-Nusa Tenggara dan Papua-Kepulauan Maluku.

No comments:

Post a Comment