Wednesday, 7 December 2011
Kunjungan Hormat Wanita PERDASAMA menemui TKSU ( Kepenggunaan dan Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Pada 6 Disember lalu, Wanita PERDASAMA telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Setiausaha ( Kepenggunaan dan Pengurusan) KPDNKK, Dato' Mahani Tan bt Abdullah di pejabat beliau pada pukul 3 petang . Delegasi Wanita PERDASAMA telah diketuai oleh Puan Junaidah Mohamed.
Di dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mengadakan perbincangan tentang bagaimana gerak kerja bersama dapat dijalankan untuk manfaat semua pihak. Biro Wanita PERDASAMA kini sedang dalam proses perbincangan untuk menjalankan Program Penjimatan Kepenggunaan dengan kerjasama KPDNKK. Aktiviti-aktiviti program tersebut dijangka akan menjangkau seluruh Malaysia dan memberi manfaat kepada pengguna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selaku pebisnia negara jiran, kami bangga atas kemajuan pengurusan Perdasama dari waktu ke waktu. selamat dan sukses selalu
ReplyDeletelukman munier - banda aceh indonesia