Pada 29 Mac 2012 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, PEMANDU dan KPDNKK telah bersama menganjurkan Majlis Taklimat '1 Malaysia Mall'. 1 Malaysia Mall adalah cadangan terbaru kerajaan untuk mengembangkan sektor perdagangan dan peruncitan Malaysia ke negara-negara jiran.
Konsep
1 Malaysia Mall ini adalah seperti berikut ;
One
stop shopping centre developed by Malaysian investors, run by Malaysian Mall
operator, and financed by Goverment investment arm, banks and/or private
sectors, exporting Malaysian integrated shopping facilities, talents,
merchandise, dining, leisure and entertainment experience.
|
Ybhg Dato Mohd Emry bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Biro SME PERDASAMA |
Menerusi
cadangan tersebut, para peruncit Malaysia akan dibawa secara en bloc ke
negara-negara yang dipersetujui ( China, India, Sri Lanka, Vietnam dan
Indonesia) untuk memasarkan barangan di pusat beli belah yang
dipilih, sama ada yang sedang dibina khusus untuk tujuan ini mahupun kompleks
beli-belah yang akan diberi nafas baru.
Lokasi
1 Malaysia Mall yang dipilih adalah seperti berikut;
a.
China – Beijing, shanghai dan Xian
b.
India - Mumbai, Delhi dan Bangalore
c.
Sri Lanka - Colombo
d.
Indonesia - Jakarta
Sektor
peruncitan dan F&B adalah dua bidang yang berpotensi untuk mendapat
manfaat daripada program ini. Perkembangan
ini merupakan satu peluang yang boleh diterokai oleh ahli-ahli PERDASAMA yang
berkemampuan dan berpotensi.
Taklimat telah disampaikan oleh wakil PEMANDU, penyelidik daripada Urbis ( syarikat perunding), wakil Exim Bank dan juga Matrade .PERDASAMA telah diwakili oleh Timbalan Pengerusi Biro SME, Ybhg. Dato' Mohd Emry bin Mohd Yusof.