Wednesday, 21 March 2012
Majlis High Tea Perdasama Kelantan Bersama YaBhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Pada 13 Mac 2012, Perdasama cawangan Kelantan dengan kerjasama PERDASAMA Pusat, MITI dan HDC telah berjaya menganjurkan Majlis High Tea bersama Yabhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menyediakan medan untuk para peniaga dan pedagang di Kelantan, khususnya kaum wanita untuk bertemu dengan kepimpinan tertinggi negara dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
Kesudiaan Yabhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor amat bermakna kepada peserta-peserta majlis High Tea tersebut. Beliau melapangkan masa untuk bertemu dan mengenali para peserta untuk bertukar-tukar pandangan tentang langkah-langkah untuk memajukan ekonomi masyarakat Melayu di Kelantan.
Tuesday, 20 March 2012
Majlis Minum Petang Persatuan Pengusaha Logistik Bumiputera Selangor Bersama Ketua Biro Logistik PERDASAMA
Pada 14 Mac 2012, Persatuan Pengusaha Logistik Bumiputera Selangor telah mengadakan majlis minum petang bersama Ketua Biro Logistik PERDASAMA di hotel Carlton Holiday, Shah Alam. Di dalam majlis tersebut, Presiden PPLB merangkap Ketua Biro Logistik PERDASAMA, Ybhg. Dato' Samsudin Abd Rahman telah menyampaikan sijil keahlian kepada ahli-ahli PPLB.
Dato Sarmin Md Hussin menyampaikan taklimat berkaitan Tribunal Rayuan Kastam |
Kapten Rajkumar daripada Macrofirm Technology Sdn Bhd |
Majlis tersebut telah berlangsung dengan suasana dan mood yang santai. Di dalam majlis tersebut, Ybhg Dato' Sarmin bin Md Hussin , ahli Tribunal Rayuan Kastam telah menyampaikan taklimat berkaitan Tribunal Rayuan Kastam kepada para peserta yang hadir. Di samping itu, Kapt. Rajkumar daripada Macrofirm Technology Sdn Bhd juga telah menyampaikan taklimat berkaitan kepentingan elemen-elemen keselamatan di dalam bidang perniagaan.
Dato' Azis bin Yacub, Pengarah Kastam Negeri Selangor |
Majlis turut dimeriahkan oleh kehadiran Pengarah Kastam Negeri Selangor, Ybhg. Dato' Azis bin Yacub. Beliau turut menyampaikan ucapan yang menyentuh cabaran-cabaran integriti yang dihadapi oleh pegawai-pegawai kastam. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa usaha mencegah rasuah perlu dilakukan dengan mengekang penawaran dan penerimaan rasuah oleh kesemua pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)