Tuesday 20 March 2012

Majlis Minum Petang Persatuan Pengusaha Logistik Bumiputera Selangor Bersama Ketua Biro Logistik PERDASAMA



Pada 14 Mac 2012, Persatuan Pengusaha Logistik Bumiputera Selangor telah mengadakan majlis minum petang bersama Ketua Biro Logistik PERDASAMA di hotel Carlton Holiday, Shah Alam. Di dalam majlis tersebut, Presiden PPLB merangkap Ketua Biro Logistik PERDASAMA, Ybhg. Dato' Samsudin Abd Rahman telah menyampaikan sijil keahlian kepada ahli-ahli PPLB.


Dato Sarmin Md Hussin menyampaikan taklimat berkaitan Tribunal Rayuan Kastam


Kapten Rajkumar daripada Macrofirm Technology Sdn Bhd


Majlis tersebut telah berlangsung dengan suasana dan mood yang santai. Di dalam majlis tersebut, Ybhg Dato' Sarmin bin Md Hussin , ahli Tribunal Rayuan Kastam telah menyampaikan taklimat berkaitan Tribunal Rayuan Kastam kepada para peserta yang hadir. Di samping itu, Kapt. Rajkumar daripada Macrofirm Technology Sdn Bhd juga telah menyampaikan taklimat berkaitan  kepentingan elemen-elemen keselamatan di dalam  bidang perniagaan.


Dato' Azis bin Yacub, Pengarah Kastam Negeri Selangor


Majlis turut dimeriahkan oleh kehadiran Pengarah Kastam Negeri Selangor, Ybhg. Dato' Azis bin Yacub. Beliau turut menyampaikan ucapan yang menyentuh cabaran-cabaran integriti yang dihadapi oleh pegawai-pegawai kastam. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa usaha mencegah rasuah perlu dilakukan dengan mengekang penawaran dan penerimaan rasuah oleh kesemua pihak.

No comments:

Post a Comment