Sunday 26 February 2012

Seminar Pelaksanaan Akta Persaingan 2010

Timbalan Presiden PERDASAMA, Dato' Sri Matshah Sapuan menyampaikan ucapan perasmian

PERDASAMA sebagai sebuah ngo ekonomi Melayu yang mengkhusus kepada sektor perdagangan dan perusahaan telah merintis jalan kepada penyebaran maklumat berkaitan Akta Persaingan 2010 yang telah mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2012. Ini dilakukan menerusi penganjuran Seminar Pelaksanaan Akta Persaingan 2010 : Implikasi Ke Atas Usahawan Bumiputera dengan kerjasama Suruhanjaya Persaingan Malaysia ( MyCC).

Ybhg. Tan Sri Datuk Seri  Siti Norma bt Yaakob, Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia sedang menyampaikan ucapan.


Seminar ini telah berjaya dilangsungkan pada 23 Februari lalu bertempat di hotel The Regency , Kuala Lumpur. Kehadiran ahli-ahli perniagaan, pedagang dan pengusaha Melayu ke seminar tersebut adalah memuaskan, namun maklum balas yang diterima PERDASAMA adalah ramai yang masih belum mengetahui berkaitan akta ini dan impak pelaksanaannya  kepada ekosistem perniagaan di Malaysia.

Majlis perasmian seminar ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Ybhg. Tan Sri Datuk Seri Siti Norma bt Yaakob, Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Timbalan Presiden PERDASAMA, Ybhg.  Dato' Sri Matshah Sapuan telah menyempurnakan perasmian seminar pada hari tersebut.


Peserta seminar yang terdiri daripada ahli perniagaan, pedagang dan pengusaha Melayu





Encik Mohd Aidil Tupari, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa MyCC sedang membuat pembentangan berkaitan Akta Persaingan 2010




Para peserta mendengar dengan tekun dan teliti



Pengisian seminar ini telah dilakukan oleh Encik Mohd Aidil bin Tupari, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa , Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

No comments:

Post a Comment