Thursday 9 February 2012

Kunjung Hormat Delegasi PERDASAMA ke Kedutaan Indonesia










Pada 2 Februari lalu, delegasi PERDASAMA yang diketuai oleh Pengerusi Biro Antarabangsa PERDASAMA, YBhg Datuk Mohd Fauzi Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur. Tujuan utama kunjungan ini diadakan adalah bagi membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dan maklumat berkaitan isu-isu semasa dan peluang perniagaan yang wujud di antara kedua-dua buah negara serumpun ini.





Bapak Hendras Pramana, Counsellor Ekonomi, Kedutaan Indonesia dan Dr. Mulya Wirana adalah pegawai-pegawai Kedutaan Indonesia yang telah hadir menyambut kunjungan delegasi PERDASAMA. Sesi perbincangan antara kedua-dua pihak  tertumpu kepada  peluang kerjasama dan perniagaan  antara usahawan-usahawan di kedua-dua negara.

No comments:

Post a Comment