Sunday 26 February 2012

Kunjungan Delegasi Ahli Perniagaan Iran ke PERDASAMA




Pada 16 Februari lalu, PERDASAMA telah menerima kunjungan daripada delegasi ahli perniagaan Iran. Delegasi tersebut telah hadir untuk mengenali secara lebih dekat peranan dan aktiviti yang dijalankan oleh PERDASAMA sebagai sebuah organisasi ekonomi Melayu.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa PERDASAMA, Ybhg Datuk Fauzi Zakaria telah hadir untuk mewakili PERDASAMA. Di dalam sesi tersebut, ahli-ahli perniagaan Iran  juga telah mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang wujud di Malaysia.

No comments:

Post a Comment