Delegasi PERDASAMA bergambar di wilayah Banten |
1.
Pada 19-21 Oktober 2011, PERDASAMA telah menganjurkan sebuah lawatan kerja bagi meninjau peluang perdagangan dan pelaburan di Jakarta - Banten selama 4 hari dan 3 malam. Delegasi PERDASAMA telah diketuai oleh YBhg Dato’ Samsudin Abdul Rahman, Pengerusi Biro Logistik PERDASAMA. Seramai 15 peserta menyertai delegasi ini termasuk Cik Suriati Yusoff dari Sekretariat PERDASAMA.

Suasana di Trade Expo Indonesia |
Pada 19 Oktober , delegasi PERDASAMA telah menghadiri Majlis Perasmian Trade Expo Indonesia (TEI) yang dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Indonesia. Seterusnya, delegasi PERDASAMA telah mengikuti aktiviti padanan perniagaan bersama ahli-ahlli perniagaan yang menghadiri Trade Expo Indonesia .
Pertemuan Bersama Menteri Perdagangan Indonesia |
Pada hari ketiga iaitu 20 Oktober 2011, sesi Dialog Interaktif telah dilansungkan dengan Menteri Perdagangan Indonesia bersama semua rombongan daripada Malaysia spt Dewan Perniagaan Melalyu Sabah dan Labuan.
Sesi pertemuan bersama Timbalan Gabenor Banten ;
Encik Nasir, N YDP Perdasama Kedah menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Gabenor Banten |
Pada 21 Oktober, delegasi PERDASAMA telah seterusnya dibawa ke provinsi Banten yang mengambil masa 2 jam dari Jakarta. Delegasi PERDASAMA disambut oleh Timbalan Gabenor Banten dan pegawai-pegawai dari pejabat kerajaan. Di dalam pertemuan tersebut, delegasi disediakan dengan maklumat mengenai pelaburan di Banten. Timbalan Gabenor Banten mencadangkan, memandangkan kunjungan ini merupakan pertemuan kali ke tiga PERDASAMA dan Wilayah Banten, dalam jangkasa terdekat untuk diadakan satu forum bersama antara PERDASAMA dan Banten bagi memperkenalkan produk yang berpotensi untuk dieksport dari kedua-dua belah pihak untuk kepentingan usahawan PERDASAMA /Banten. Turut dicadangkan diadakan dalam forum tersebut adalah pameran produk-produk dari Banten dan ahli PERDASAMA. Tempat yang dicadangkan di Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment